Rabu, 2 Mei 2012

BAB 1 : SEJARAH & KITA

1) Pengertian Sejarah

  • Berasal daripada kata Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pokok @ pohon, salasilah, riwayat, asal-usul dan keturunan.
2) Ahli-ahli sejarawan memberikan beberapa maksud sejarah mengikut pandangan masing-masing:

  • Herodotus - ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
  • Ibn Khaldun - membicarakan tentang masyarakat @ manusia @ peradaban manusia, tentang perubahan      yang  berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
  • Muhd Yusof Ibrahim - merupakan catatan @ rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
3) Ciri-ciri Sejarah

  • Fakta yang tepat dan benar
  • Penting dan bermakna
  • Sebab dan akibat
4) Sumber Sejarah

  1. Sumber Primer @ pertama - fosil, artifak, kertas dan keterangan lisan yang mana bersifat asli dan    belum diolah. Cth: diari, surat peribadi, batu bersurat dan manuskrip yang belum dicetak.
  2. Sumber Kedua - bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis oleh sejarawan yang telah dicetak untuk sebaran umum. Cth: buku, majalah, jurnal, risalah, ensiklopedia.
5) Kaedah Pengkajian Sejarah

  • Kaedah lisan
  • Kaedah bertulis
  • Kaedah arkeologi
Apa itu fosil, Artifak Dan Manuskrip???
  1. Fosil
    Tinggalan haiwan @ tumbuhan yang wujud pada masa lampau.
  2. Artifak
    Barang2 ciptaan manusia pada zaman lampau seperti kapak, pisau dan pinggan mangkuk.
  3. Manuskrip
    Bahan tulisan tangan yang disediakan untuk dicetak & diterbitkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan