Hmmmm...sedar tak sedar kita dah menghampiri pertengahan tahun 2012 kan? Dah bulan Mei kan?
Bila sebut sahaja bulan Mei..mesti terlintas dalam fikiran kita akan kedatangan Hari Ibu...dan Hari Guru kan?
Hmmmm...ada sambutan apa lagi ye di bulan Mei nie???
Pejam celik..pejam celik..dah 7 tahun usia perkahwinan saya dan suami...dan sudah 6 tahun saya menyambut Hari Ibu walaupun tidaklah meraikan secara besar-besaran...just enough dengan sebiji kek dan dirai bersama2 ibu tercinta, Siti Rahani Othman. Tiada hadiah mahal untuk saya mahupun untuk mak....hanya ucapan penuh ikhlas dan kasih sayang serta peluk cium...itu sudah memadai:-))
Tanggal 16 Mei pula....hmmmm...Hari Guru menjelma lagi...tapi kali nie, sambutannya dalam suasana berbeza...sambutannya bukan di sekolah tapi di universiti (sedih la jugak sbb teringat student2 saya)...kali nie sebagai pelajar..but still menyambutnya bersama2 rakan seperjuangan n bersama2 lecturer CAS, UUM..
Sambutan Hari Guru di UUM tahun nie..kami diamanahkan untuk menganjurkan sambutanHari Guru yang akan disambut bersama2 Lecturer, student2 undergade n students PPGM...wahhhh....tak sangka...InsyaAllah kami akan bekerja keras memikul amanah ini dan cuba sedaya upaya untuk menjayakannya...hopefully semua yang dirancang akan berhasil dan diredhai Allah SWT...amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan